Archive for May, 2009

Tus cara.
Tus ojos.
Tus labios.
Su tez.
Su palabras.
Su risa.
Su brillo.

Mi amor.

Si pudiera, me gustaría nombrar a los colores del arco iris después de usted.

Advertisements

Kanvas aku hitam putih sahaja.

Posted: May 11, 2009 in Thoughts

Dahulunya, kertas ini suci.

Coretan-coretan aneh mengisi ruangan, mengambil tempat yang seadanya.
Taat berbaris, menunggu tiba masanya untuk memberikan tabik hormat.
Setiap huruf, setiap nahu. Tanpa sebarang cela.

Namun, siapakah yang menghargai semua itu?

Ku kira, andaikata jantung mampu menelisip oksigen dan nutrien daripada
corong-corong ventrikel – mungkinkah kita hidup tanpa sebarang penahan?
Bebas sahaja, seperti api yang membakar diri.

Dan, seperti yang aku katakan;
Akan ku pilih kesepian untuk mewarnai sifat abstrak mereka.

Lampu ini malap.

Posted: May 4, 2009 in Problems

Lapar.
Itu sahaja yang aku fikirkan sekarang. Aku tahu, namun aku enggan. Duit tak cukup sekarang.
Helmet pun belum beli lagi. Manakan tidak, elaun bulanan diterima pada tengah-tengah bulan?
Apakah bodohnya itu?

Aku faham, mungkin ada kesulitan. Mungkin. Tapi tidakkah ini keterlaluan?
Takkan nak meminjam duit lagi. Malu.
Dahlah aku berjanji dengan rakan-rakan di sana aku akan membawa memento.
Hisy, jeleknya diri ini.

Lugai-lugai.
Perut aku bertarannum lagi.
Eggpuff je kot pagi ni.
Appy satu pun dah kurang mampu.
Mereka semberana begini.

Kadang-kadang, aku hairan. Okay, mungkin bukan kadang-kadang.
Selalu.
Biarlah, apa nak jadi, jadi.
Things happen, bukan?
Adalah sesuatu yang nak disisipkan.
Adalah tu. Kena beli cok baru nampak gayanya.

Nak pujuk hati, bukannya senang. Aku anggap semua ini sementara.